Kali nie krew Beladau Seri membuat penggambaran di sekitar Putrajaya di Istana Kehakiman. Tempat ni menjadi simbol keadilan bagi warga Malaysia dan juga bagi pengamal undang-undang. Di sinilah terletaknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia. So...sesiapa yang tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara bolehlah membuat rayuan kat sini kerana ianya adalah hak Anda !!
Nie adalah sebuah jambatan di putrajaya. Kelihatan cantik dan menarik pada waktu malam
Jambatan moden di Putrajaya
Sebuah kereta Honda City dan seorang Diplomat Malaysia sempat jugak bergambar di jambatan yang menjadi kebanggaan warga Putrajaya. Penulis blog ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada diplomat tersebut kerana telah membawa kami bersiar-siar di sekitar Putrajaya.
Kat sini lah krew Beladau Seri sempat menginap di sebuah hotel di Putrajaya. Nama hotel nie " Pullman Hotel " . Tempatnya agak menarik dan rekabentuknya bangunanya adalah campuran Tradisional Melayu, Cina dan Bali.. Kalau tdk percaya cuba tengok gambar-gambar di bawah nie...
Suatu pemandangan di lakeside Pullman Hotel , Putrajaya
Landscape di Pullman Hotel, Putrajaya
Apartment Pullman Hotel . Apartment nie sangat besar dan luas. Rekabentuk pun moden style.
Ni adalah gambar Istana Kehakiman yang diambil pada waktu malam
Biasalah ... selepas habis kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya , penulis dan pemilik blog ini sempat berposing di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya. Satu pengalaman, satu Gandingan dan akhirnya satu Kejayaan bagi permulaan 2011. |
No comments:
Post a Comment