Kali ini saya ingin berkongsi dengan Anda tentang landscape yang terdapat di Pulau Redang ini. Foto ini diambil pada waktu tengahari di tepi pantai dan ianya langsung tidak di edit kerana saya ingin mengekalkan keadaan semulajadi pada waktu tersebut. Lihatlah betapa cantiknya dan landainya pantai yang ada di Pulau Redang ini . Terasa bangga jugak bila negara kita mempunyai pantai secantik ini. Tidak hairanlah ramai pelancong dari luar negara suka datang ke Pulau- pulau yang terdapat di negara kita. Kadang saya pernah bertanya kepada pelancong dari negara luar khususnya Eropah . Mereka sanggup tinggal hampir berbulan - bulan di pulau - pulau kat sini kerana sukakan keindahan yang ada di sekeliling pulau . Bagi yang sukakan kedamaian dan ketenangan kat sini adalah tempat yang sesuai untuk Anda dan keluarga berehat. Bagi photographer persendirian, kat sini pun banyak gambar - gambar menarik yang boleh di ambil. Yang paling best adalah semasa shoot mentari terbit dari ufuk timur..Kalau tak percaya ...Jom kita tengok gambar - gambar yang saya snap semasa beberapa hari bersantai di sini ...Jom..Jomm..
Foto ni di ambil dari sudut tepi pantai . Chalet yang ada dalam gambar ini adalah kepunyaan Laguna Redang
Wah..begitu landai sekali pantai yang terdapat di sini . Ianya adalah selamat untuk kanak - kanak bermandi manda di sini.
Kelihatan Nabihah dengan gaya machonya baru lepas mandi di tepi pantai
Yezzar...sayalah juara Prince of the Night bagi tahun 2011. Tak sia - sia saya pakai baju kungfu naga nie...ada aura ...
Foto ni di ambil ketika sebelum matahari terbit. Bihah pun telah bagun awal untuk melihat fenomena matahari terbit yang menunjukkan bermulanya siang..
Itu dia mentari telah mula menunjukkan wajahnya dari ufuk timur..
Mentari beransur - ansur menampakkan wajahnya yang sebenar ..
kelihatan mentari mula mengintai di sebalik awan
Dan akhirnya mentari memberi sinar kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini atas arahanNYA. Ianya menjadi petanda bagi Ahli - ahli Fikir...Bersyukurlah bumi ini masih lagi diterangi mentari dan esok masih ada ..
sekali sekala bersantai di sini sambil mengadap laut biru mendamaikan jiwa .
Antara yang turut serta dalam aktiviti snorkeling ke Taman Laut Pulau Redang ..
Zuhal Nakhoda sempat bersama - sama dengan keluarga kakitangan firma Khairul Sofian Anuar & Co
( cawangan Dungun ) ..KSA Bagus ! Satu Malaysia satu KSA ..
( cawangan Dungun ) ..KSA Bagus ! Satu Malaysia satu KSA ..
Penulis merakamkan kenangan bersama keluarga kakitangan KSA ( Terengganu )
Sebagai kenangan , Penulis sempat berfoto bersama keluarga besar Khairul Sofian Anuar & Co di Pulau Redang bagi tahun 2011. Yezzzaarr..KSA ...Best. ! Bos- bos pun semua sporting ..jumpa lagi di tahun hadapan 2012..
No comments:
Post a Comment