Friday, August 5, 2011

Tour to the Saigon City , Vietnam


Bertemu kembali di dalam post yang lebih menarik. Kali ini kita akan menjelajah ke negara jiran kita iaitu Ho Chi Minh, Vietnam atau nama lamanya " saigon " . Perjalanan dari Airport KLIA hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit sahaja. Tambangnya pun agak murah jugak kalau boking awal - awal. Tapi kalau nak pergi melalui Vietnam Airlines pun boleh jugak .Kat atas ni ada gambar kapal terbang dari Vietnam Airlines. Haaa tu lah rupa kapal terbangnya...promo sikit sebagai intro..



Tu dia ..baru sahaja mendarat kat Airport Ho Chi Minh, Vietnam terus berposing ramai-ramai dalam satu group. Biasalah nak buat kenang-kenangan... wah siap ada tempah bena lagi tu..hebat-hebat..Beg masing-masing ringan aje tau..tapi bila balik nanti sarat dan padat beg masing-masing..kalau nak tahu apa yang menarik kat sini Jommm tengok foto - foto yang sempat saya ambik kat sini untuk dikongsikan bersama..



Ni adalah papan tanda  yang terdapat apabila hendak keluar dari airport..Ada sapa-sapa yang boleh baca tulisan Vietnam dan terjemahkannya..haa..haa.. Rasanya bayaran untuk parking kot..kalau nak tahu kat sini matawang yang digunakan adalah" dong " / VND..tapi kat sini RM dan USD pun laku di sini ...terpulang kepada selelesaan anda nanti..



Baru sahaja kami sampai ke Ho Chi Minh City, Vietnam kami ternampak seorang wanita bersama 3 orang anaknya menunggang motosikal..Hebat dan lasak rupanya orang-orang di sini..Tengok tu anak perempuan dia sempat melambai-lambai kepada kami yang berada di dalam bas pelancong..Kat Malaysia situasi macam ini adalah satu kesalahan kerana ianya merbahaya kepada keselamatan tapi kat sini kami lihat ianya adalah perkara biasa sahaja..Apa-apa pun kami suka tengok anak beliau yang ceria ..


 Kat atas ni adalah sebuah gereja lama yang beri nama Notre Dame Cathedral yang sempat kami lawati



Ini adalah pejabat pos lama yang terdapat di Saigon city. Kat atas ni adalah pondok telefon yang masih terdapat dalam pejabat pos di sini.



Wah..tua dia... ini gaya Zuhal nakhoda..keunikan pejabat pos ini adalah kerana bumbungnya yang mempunyai ukiran serta menarik. Lantainya pun mempunyai pelbagai paterndan warna.



Ini adalah gambaran penuh di hadapan Pejabat Pos Saigon, Vietnam. Tengok tu bukan main hebat senibina pejabat pos bersama model-model..haa..haa..




Kat pejabat pos ni pun ada menjual pelbagai barang cenderamata dan hasil kraftangan orang Vietnam. Tak pe lah tak dapat beli ambik gambar wat balik pun jadilah...


 Ini adalah sebahagian gambaran sistem jalanraya yang tedapat kat sini. Kebanyakan di sini rakyat Vietnam manggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk bergerak tidak kira lelaki ataupun wanita. Dikatakan jumlah motosikal di atas jalanraya adalah melebihi jumlah rakyat Vietnam.Kalau tak percaya cuba tengok gambar di bawah nie..




Haaa...ni lah gambaran setiap hari kat Saigon City, Vietnam. Ni baru sikit jer penunggang motosikal. Ada setengah tempat penuh atas jalan dengan penunggang motosikal. Kalau kat Malaysia kita hanya boleh tengok situasi begini bila ada program konvoi beramai-ramai. Itu pun sekali sekala. Kalau di Beijing pulak basikal paling banyak di atas jalan.Apa-apa pun kata orang lain padang lain belalang lain negara lain adatnya.



Ni adalah antara hasil kraftangan yang dijual di pasar malam. Kreatif dan menarik jugak buatan mereka. Siapa yang berminat bolehlah datang sendiri kat sini



Ni adalah pasar malam berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Keadaan nya lebih kurang macam kat Petaling Street Kuala Lumpur. Macam - macam barang ada dijual di sini. Kat sini juga boleh tawar menawar. RM juga laku di sini dan ada peniaga fasih berbahasa Melayu. Mungkin disebabkan sudah ramai orang dari Malaysia yang berkunjung di sini.




Tengok lah betapa kreatifnya orang - orang Vietnam di sini. Ni adalah replika besi yang dibuat dari barangan terbuang sehingga boleh menjadi robot.



Ni pun lagi hasil kreativiti orang-orang Vietnam membuat replika patung askar-askar semasa perang.




Bagi kaum wanita, kat sini boleh dikatakan syurga membeli belah kerana kain-kain di sini dikatakan harganya agak murah jika dibandingkan di Malaysia. Terpulang kepada citarasa anda sendiri .




Ni adalah suasana di dalam kedai yang menjual kain-kain wanita. Tempatnya kalau kat sini lebih kurang kedai Pasar Payang Kuala Terengganu. Kiri kanan penuh kain-kain dengan pelbagai jenis,warna da pattern.Pilih - pilih....




Ni adalah antara pelbagai jenis selipar berwarna warni untuk di pakai dalam rumah sahaja.


Ni adalah lampu hiasan dengan pelbagai corak yang menarik. Setakat ni dulu untuk post kali ini..Nantikan post yang lebih menarik lagi nanti berkaitan  Saigon, Vietnam            

1 comment:

  1. thank untuk info yang di nyatakan, kebetulan (insyaallah) bulan 2 kami sekeluarga bakal melawati kota vietnam. lagi2 pejabat pos lama :)

    ReplyDelete