Nie lah antara bot kembara yang dinaiki oleh peserta - peserta Trip kali ini. Bot yang telah diubahsuai imi agak menarik serta selesa. Ada astro lagi.. Tempat ini dinamakan kawasan Air Terjun Lasir antara lokasi yang terkenal di Tasik Kenyir.
Tu dia semua kelihatan gembira apabila bot bersedia untuk melabuhkan sauhnya. semua kelihatan bersantai sambil menghirup udara segar di Tasik Kenyir ini . Perjalanan ke sini tidaklah membosankan bagi pecinta alam. |
Bot telah selamat melabuhkan sauhnya
Ketika kami sampai juga terdapat pengunjung-pengunjung lain yang telah beberapa hari berada di sini untuk memancing. Maklumlah kaki pancing di sinilah lubuknya.
Lagi pelbagai jenis bot yang telah diubahsuai untuk keselesaan pengunjung-pengunjung Tasik Kenyir yang datang untuk berehat serta memancing .
Lihatlah pemandangan yang tenang ketika kami baru sampai di sini..
Suasana air yang tenang sehinggakan menimbulkan refleks awan di dalam air
Ini adalah antara anak air terjun yang dapat dilihat di luar kawasan Air Terjun Lasir ini. Di kawasan ini juga dikatakan antara tempat yang banyak ikan seperti sebarau, toman, lampam dan sebagainya kerana ikan suka bermain-main di anak air terjun tersebut.
Berposing secara solo
Tu dia ada antara pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk mengambil gambar ikan yang banyak di kawasan ini ..kali pertamalah katakan ..nak tahu ikan apa tu..nanti tengok gambar-gambar di bawah nanti..
Ada juga yang terus mengeluarkan joran untuk memancing di tepi bot ..sabar-sabar bang ...
Bersembang - sembang pun best jugak sambil memancing di sini ..
Nie lah ikan lampan yang paling banyak di sini ..boleh nampak dengan airnya yang jernih ..tapi nak mengail ikan lampan kenalah ada skil dan ilmu di dada.. biasanya ikan lampan boleh diumpan dengan pelet ataupun roti.
Kat sini pun skali skala ada juga line telefon tetapi singnalnya agak tidak stabil.
Nak ikat mata kalil pun kena ada skil , kesungguhan dan kesabaran
Alang - alang dah sampai kat sini , berposing skali dengan gaya bebas..siapa paling macho ..
Pasal makan minum semua telah disediakan.. bukan senang nak jumpa makan serta berkelah beramai- ramai macam nie di Tasik Kenyir
Lepas makan boleh lah berehat serta melihat keindahan alam di sekeliling
Peserta kali ini agak ramai serta terpaksa menyewa 2 bot dan bila 2 bot dicantumkan menjadikan kawasan untuk bersantai agak luas. Lihat lah ada jugak kanak-kanak yang boleh bermain dan melompat-lompat di atas bot ini.
Ada yang berehat serta membaca surat khabar...aktiviti bebas..
Nie adalah gambaran apabila bot disatukan ..
Best ! Best ! Best ! saya suka trip kembara ini .. suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..
Walaupun berada di Tasik Kenyir tanggungjawab kepada pencipta tidak pernah dilupakan.. Kelihatan Muazzin sedang melaungkan azan di Tasik Kenyir .. Mungkin ini adalah kali pertama azan dilaungkan di tasik ini untuk mengajak bersolat berjemaah.
Setelah bersolat jemaah, kat sini pun kami masih boleh melihat tv ( astro ) untuk melihat perkembangan semasa yang berlaku di luar . Tetapi keadaan di sini adalah lebih tenang kerana jauh dari hiruk pikuk kenderaan. dan bunyi bising
Dinner time ..masakan baung tuuu.. semua beratur ...
Terasa seperti waktu bersekolah di asrama semasa muda-muda dahulu ..penuh nostalgia ..
Wahh...wahh..antara tangkapan yang berjaya dinaikkan di sini .. masing-masing telah menunjukkan skil mengail tuuu..
Horeee...horee...inilah tangkapan saya .. wajah-wajah penuh kegembiraan ..
Sebelum beredar ke lokasi lain pula saya sempat berposing sekejap di sini.. Gambar ini di ambil pada awal pagi iaitu ketika kabus masih lagi kelihatan.. Terima kasih kepada Zuhal Nakhoda
No comments:
Post a Comment