Kali nie penulis ingin mengajak anda menjejaki suatu tempat yang jarang kita temui di Malaysia iaitu Kelah Santuari Tasik Kenyir. Ianya terletak di Sungai Petang iaitu 21km dari Pengkalan Gawi, pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Perjalanan dengan speedbot laju memakan masa lebih kurang 1 jam dari Pengkalan Gawi. Manakala perjalanan ke lubuk kelah memakan masa lebih kurang 30 minit dengan berjalan kaki. Nak masuk ke sini dikenakan permit sebanyak RM 10-00 seorang . Nak tahu macam mana rupanya tempat ini jom kita terokai melalui gambar - gambar yang sempat saya snap baru-baru nie ..Jom..jom ..kita jalan- jalan tengok alam ..
Nie adalah tempat persinggahan ataupun kaunter untuk check in.. Semua pengunjung kena lah lepas tapisan keselamatan di sini yang mana dijaga oleh renjer Jabatan Perhilitan. Alat-alat memancing serta makanan ikan seperti pelet adalah di larang untuk di bawa masuk.maklumlah species jenis ikan yang dijaga rapi. Pelet ikan ada dijual di sini untuk pengunjung-pengunjung yang ingin memberi ikan kelah makan nanti.
Nak sampai ke Santuari Kelah nie kenalah menaiki bot yang disediakan di sini...jom ikut kami ..
Shoot gambar sendiri skali ..hee..hee..jangan mare yer .. sebab saya tak percaya kalau orang lain shoot mesti blurr...
Lihatlah keadaannya airnya yang tenang. Kat sini ada jugak ikan kelah tapi kawasan ini adalah kawasan larangan.
Lagi panorama air sungai yang tenang
Tu dia sebahagian daripada pengunjung baru sampai ..
Nie adalah sebahagian daripada batu batan yang unik yang terdapat di sini
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi ..penulis ingin berposing sikit ..
Kali imi rombongan yang akan ke Santuari Kelah agak ramai sikit. Kebetulan pada masa nie ada 2 kumpulan yang sama - sama turut serta dalam misi menjejaki kelah ini. Apa-apa pun kata orang lebih ramai lebih meriah..
Nie adalah sebahagian daripada lubuk kelah yang terdapat di sini. Airnya yang jernih dan sejuk dikatakan antara faktor ikan kelah suka tempat - tempat sebegini.
NIe adalah antara ikan kelah merah dan kelah kejor yang bermain - main di tepi sungai ini .
Lagi anak -anak ikan kelah yang bermain-main
anak- anak kelah yang bermain di tepian sungai
Kelihatan pengunjung sedang bermain-main dengan ikan kelah di tepi sungai yang cetek . Nie baru sebahagian ajer ..nak tengok lebih banyak ikan kelah merah dan ikan kelah kejor .Jom kita jalan lagi ke tempat lain pulak. Nak ke sana anda kenalah berjalan kaki
Nak sampai ke lubuk kelah kejor nie kenalah ikut jejak - jejak yang telah disediakan. Kata orang putih jungle tracking ..biar lambat asalkan selamat ..
tu dia en. Saipul sempat berposing kejap ..peace.. ada gaya macam Mat Salleh doh..
Sesetengah tempat kelihatan agak sedikit mencabar dan ianya menguji ketahanan mental dan
fizikal kita
nie adalah pokok penaga yang berumur beratus tahun
okey setelah penat berjalan menempuhi segala halangan serta rintangan akhirnya sampai jugak ke Lubuk Kejor
Nie lah pemandangan di sekitar Lubuk Kejor yang famous tuu..
Amazing ...lihatlah betapa jinaknya ikan kelah tersebut bermain - main.. suatu pengalaman yang tidak pernah ditemui sebelum ini
Ada jugak yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan handphone untuk kenangan serta nak tunjuk kat kawan-kawan bila balik nanti
Kelihatan pelawat wanita pun agak teruja apabila melihat ikan kelah yang semakin banyak mengerumuni mereka
Tak sabar dah tuuu... sempat lagi posing ..
Horeee..horee..saya berjaya menangkap ikan Kelah
Wah ! Wah ! boleh main tangkap ikan kelah guna baju tuuu...hebat - hebat ..
kat sini pelawat - pelawat hanya dibenarkan untuk bermain-main dengan ikan kelah di kawasan bertali sahaja kerana di kawasan tengah tu dikatakan agak dalam ..
Skali skala penulis tidak melepaskan peluang untuk megambil gambar di saat - saat yang jarang kita temui
Horee..horee...banyaknya ikan kelah ..
Tak tahu brapa kilo dah nie ..pakcik kayooo...
Ketika dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan rama-rama yang terdapat di sini
Lagi spesies rama-rama yang terdapat di sini
Setelah seronok bermain dengan ikan kelah sampai masa untuk pulang ..semua nampak begitu happy skali
Bot kene byr ke?
ReplyDeletebro, nak tanya kalau nak pergi sana kena group? atau i satu family shj pun boleh sewa speed bot? dan hanya nak pergi kelah santuary shj blh tak? yg lain i tak pergi...blh whatsapp reply i tak? 0122844312 ..thanks..plan 1 june 2017 nak bawa anak pergi.
ReplyDelete