Monday, July 16, 2012

Air Terjun Lasir , Tasik Kenyir

Kali ini penulis  sempat singgah dan bermandi manda di Air Terjun Lasir, Kenyir . Tempatnya memang menarik dan sesuai untu mandi manda. Tapi sesiapa nak mandi kat sini kenalah pandai berenang ataupun bawa pelampung bagi yang baru nak belajar. 



Jom kita pakat mandii....



Bersama rakan seperjuangan " Che Lah "  yang juga cintakan alam kehijauan di sini


Kat sini pun ada jambatan gantung ..nampak tak kat belakang saya nie..



Apa-apa pun saya boleh katakan di sini adalah antara tempat air terjun yang " BEST " antara yang best ada di Malaysia. Kalau nak try kenalah datang sendiri ..promote sikit Tasik Kenyir sempena Tahun Melawat Terengganu 2013


Sebelum pulang ke jeti serta daratan , Penulis mengambil kesempatan untuk berposing  " solo " bersama bendera Malaysia dan Terengganu yang berkibar megah di belakang.



Anatara pemandangan indah yang sempat dirakam di Tasik Kenyir



Okey setakat ini dulu untuk post berkaitan Tasin Kenyir serta pengalaman serta info yang dapat penulis kongsikan bersama anda. Bagi peminat alam semulajadi serta kehijauan flora dan fauna di sini antara tempat yang wajib anda kunjungi. Bagi kaki pancing di sini adalah lubuk yang perlu anda terokai dan menunjukkan bakat anda. Semuanya ada di Tasik Kenyir Terengganu.



2 comments:

  1. pemandangannya sangat indah dan bagus kawan
    terima kasih yah
    ditunggu singgah

    ReplyDelete
  2. follow 14
    pleas follow back.
    thank,

    ReplyDelete